Pegawai dan Kakitangan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam telah menghadiri sambutan Isra’ Mi’raj Kementerian Tenaga di Dewan Teater Utama, Bangunan Jabatan Perdana Menteri pada 31 Mac 2021.

Majlis keagamaan ini dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan dihadiri oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Pemangku Menteri Tenaga sebagai Tetamu Kehormat. Turut hadir di majilis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra, Pemangku Setiausaha Tetap serta pegawai dan kakitangan dari Kementerian Tenaga, Jabatan dan Badan-Badan Berkanun di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan taklimat keselamatan dan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ceramah khas bertajuk “Teladan dan Hikmah Peristiwa Isra’ Mi’raj” yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, Penolong Pensyarah Fakulti Usuluddin, Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Isra’ Mi’raj dan pada masa yang sama membolehkan pegawai dan kakitangan menjalinkan hubungan yang lebih erat.