Pengawalseliaan Data Petroleum

Sebagai Repositori Hidrokarbon Negara, kami bertanggungjawab ke atas perlindungan dan pemeliharaan semua data petroleum dan data yang berkaitan dengan industri minyak dan gas di Negara Brunei Darussalam. Ini termasuk dan tidak terhad kepada maklumat-maklumat kajibumi, geofizik, petrofizik, geokimia, log, peta, data pengeluaran, rakaman, core, keratan-keratan, tafsiran lain dan laporan analisis dan sebagainya.

Data hidrokarbon pada asasnya adalah aset negara. Malah set data huluan yang lama berkemungkinan untuk memberikan hasil baharu memandangkan infrastruktur teknologi terkini, maka adalah penting untuk melindungi data petroleum Negara Brunei Darussalam.

Repositori Data Petroleum Negara Brunei Darussalam akan meningkatkan infrastruktur digital untuk maklumat dan sampel yang berkaitan dengan petroleum.

Keutamaan Kami

  • Penyelia Data Minyak dan Gas:
    Memelihara dan meningkatkan integriti dan keselamatan data hidrokarbon
  • Menggalakkan Pelaburan:
    Menyelaras penggunaan semua data yang lebih cekap sebagai salah satu cara untuk menggalakkan pelaburan dan pembangunan industri minyak dan gas.
  • Pengurusan Data:
    Memudahcara semua pengurusan data subsurface dan bukan subsurface