Industri huluan dan hiliran minyak dan gas telah menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Negara Brunei Darussalam sejak 90 tahun yang lalu. Dari penemuan telaga pertama di Ayer Berkunchi pada tahun 1899 hingga penubuhan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam pada tahun 2019 – industri minyak dan gas di Negara Brunei Darussalam telah lama memacu pertumbuhan dan pembangunan negara.
Sejarah industri minyak di Negara Brunei Darussalam bermula pada tahun 1899 apabila telaga penerokaan pertama digerudi berhampiran ibu negara, Bandar Brunei. Ia kemudiannya diikuti dengan penemuan minyak di padang Seria di Daerah Belait pada tahun 1929 dan seterusnya dengan satu siri penemuan komersial yang memuncak dalam eksport minyak pertama Brunei pada tahun 1932. Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP) Sdn Bhd adalah pengeluar minyak yang terbesar di Brunei Darussalam dan menyumbang sekitar 90% kepada hasil minyak dan gas negara.
Sepanjang dekad yang lalu, Negara Brunei Darussalam telah membuat pelaburan besar dalam pengembangan industri hilirannya untuk mempelbagaikan portfolio produknya dalam rantaian nilai minyak dan gas. Trend ini dijangka akan berterusan pada masa akan datang, membuka jalan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi kemahiran dan teknologi baru.
Negara Brunei Darussalam telah menetapkan visi jangka panjang di peringkat negara dan lapan objektif strategik telah ditetapkan oleh Jabatan Tenaga di bawah Pelan Strategik 2020-2025 yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan pembangunan sektor tenaga negara.
Negara Brunei Darussalam terus memaksimumkan potensi minyak dan gas yang matang, dan menjalankan aktiviti penerokaan dan pembangunan selanjutnya, serta memastikan penduduk tempatan berpendidikan tinggi dan mahir dari segi teknikal untuk memenuhi keperluan industri. Untuk mengekalkan pengeluaran jangka panjang negara, usaha kerjasama antara Kerajaan dan pengendali minyak dan gas adalah kunci utama kearah meneruskan aktiviti yang berpotensi.
Industri minyak dan gas adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan negara dengan sumbangan 49.6% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun 2021.
Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam adalah badan pengawalselia bagi industri minyak dan gas di Brunei Darussalam. Visi jangka panjang untuk industri ini berkisar kepada mewujudkan industri yang progresif dan berdaya tahan yang peka terhadap pasaran yang sentiasa berubah, mampu meningkatkan nilai yang dicipta untuk menjamin masa depan negara.
Untuk mencapai wawasan ini, objektif strategik utama yang ditetapkan oleh Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri untuk memacu ke hadapan adalah:
Objektif Strategik 1

Pempelbagaian sektor tenaga agar lebih berdaya tahan berdepan dengan pergolakan pasaran minyak dunia
Objektif Strategik 2

Pengurusan sumber hidrokarbon berkesan dan berdaya tahan
Objektif Strategik 7

Rangka Pengawalseliaan dan Piawaian Keselamatan yang teguh dan kondusif
1899
- Telaga Eksplorasi Pertama, Ayer Berkunchi, digerudi
1912 – 1914
- Telaga-telaga Belait digerudi (BL-1, BL-2, BL-3, BL-4)
- BL-2 Penemuan Telaga Pertama (bukan komersial)
1921
- Bekalan elektrik pertama disalurkan kepada pelanggan pertama
1929
- Penemuan minyak komersial pertama, Padang Seria (Padang Berawa)
1932
- Permulaan eksport minyak ke negara jiran
1953
- Penjana berkuasa diesel pertama memulakan operasi
1954
- Pemerolehan Seismik 2D marin pertama
1955
- Loji Gas Seria mula beroperasi
1956
- Eskplorasi telaga luar pesisir pertama, Ampa-1
1957
- Kemuncak pengeluaran padang-padang darat
1959
- Stesen Janakuasa Disel, Gadong mula beroperasi
- Shell Marketing Company of Borneo Limited ditubuhkan (pelopor Brunei Shell Marketing Company Sdn Bhd)
1963
- Perjanjian petroleum darat dan luar pesisir pertama ditandatangani
- Penemuan padang luar pesisir pertama, South West Ampa
1966
- Stesen Janakuasa Disel, Temburong mula beroperasi
1967
- Brunei LNG Sdn Bhd ditubuhkan
1969
- Penemuan padang luar pesisir kedua, Fairley
1970
- Penemuan padang Champion
1972
- Kargo LNG pertama ke Negara Jepun
- Terminal minyak mentah Seria ditubuhkan
1975
- Penemuan padang Magpie
1976
- Stesen Janakuasa Gas yang pertama beroperasi di Gadong
1979
- Penemuan padang darat, Rasau
1982
- Unit Petroleum di Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan
1983
- Brunei Shell Refinery ditubuhkan
1986
- Brunei Shell Tankers Sdn Bhd ditubuhkan
1987
- Stesen Janakuasa Gas, Lumut mula beroperasi
1988
- Penemuan padang Gannet
1989
- Penemuan padang Maharaja Lela
1991
- Pengeluaran ke-satu billion tong minyak mentah dari padang Seria
1992
- Penemuan padang Iron Duke
- Penemuan padang Merpati
1994
- Eksport LNG ke Republik Korea bermula
1998
- Brunei Gas Carriers Sdn Bhd ditubuhkan
1999
- Bekalan gas pertama dari Syarikat Usahasama Blok B (BBJV)
2002
- Syarikat Petroleum Kebangsaan Brunei (PetroleumBRUNEI) ditubuhkan
2003
- Kargo pertama minyak mentah ke India
2004
- Stesen Janakuasa Combined Cycle pertama dibina
2005
- Pemasangan platform SMART Brunei pertama di padang Champion West
- Penghantaran kargo LNG yang ke-500 ke Negara Jepun
2006
- Brunei Methanol Company Sdn Bhd ditubuhkan
2007
- Penemuan padang Bubut
2008
- Penghantaran sebanyak 200 juta tan LNG dicapai
2010
- Loji Solar Pertama, Tenaga Suria Brunei mula beroperasi
2012
- Arahan Local Business Development (LBD) bagi Industri Minyak & Gas dikeluarkan
- Tarif elektrik baharu diperkenalkan
2014
- Kertas Putih Tenaga (Energy White Paper) dikeluarkan
- Perjanjian Usahasama Hengyi Industries ditandatangani
2017
- Penemuan padang Darat, Layang-Layang
2018
- Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) ditubuhkan
2019
- Ulang Tahun BSP yang ke-90
- Percubaan berjaya penghantaran antarabangsa hidrogen yang pertama
- Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam ditubuhkan
2021
- BSP Solar Park dilancarkan
- BSP Seria Energy Lab dilancarkan
- Perjanjian Perkongsian Pengeluaran Blok L ditandatangani
2022
- Brunei Fertilizer Industries memulakan pengeluaran komersial urea
90 tahun penemuan minyak