Penubuhan Autoriti Petroleum
Negara Brunei Darussalam

Sehubungan itu, Beta telahpun memperkenankan penubuhan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam sebagai badan teknikal kepada Kementerian Tenaga untuk memantau operasi minyak dan gas, termasuk mengawalselia sektor huluan dan hiliran.

Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang ke-74 Tahun.

15 Julai 2020

Pada 31 Disember 2019, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan Akta Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam, Penggal 231. Perintah ini memperuntukkan penubuhan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam, sebuah badan berkanun yang bertindak sebagai autoriti untuk mengawalselia dan menyelia operasi huluan (upstream), pertengahan (midstream) dan hiliran (downstream) minyak dan gas di Negara Brunei Darussalam. Penubuhan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam menandakan satu lagi peristiwa penting dalam pembangunan industri minyak dan gas untuk menyahut usaha berterusan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam merealisasikan Wawasan 2035. Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam adalah badan penasihat teknikal kepada Kementerian Tenaga (sekarang dikenali sebagai Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri) mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan industri minyak dan gas di Negara Brunei Darussalam untuk memastikan pembangunan yang mampan bagi semua sumber hidrokarbon dan seluruh rantaian nilai. Pihak Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam juga bertanggungjawab dalam mengawalselia dan menyelia operasi minyak dan gas di Negara Brunei Darussalam untuk memaksimakan lagi impak yang positif kepada negara.

Visi

Industri Minyak dan Gas yang Progresif dan Berdaya Tahan

Misi

Untuk Mengawalselia dan Memudahcara Pembangunan Industri Minyak dan Gas untuk Memaksimumkan Rantaian Nilai Penuh

Tiga Peranan Utama Kami

Penasihat Teknikal

Memberikan nasihat teknikal mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan minyak dan gas.

Pengawal Selia Berhemah

Mengawalselia, menyelia dan memantau operasi huluan, pertengahan, dan hiliran minyak dan gas.

Memaksimakan Nilai

Memastikan sumber hidrokarbon dan rantaian nilai dimaksimumkan dalam impaknya kepada negara.

Nilai Teras Kami

Nilai teras kami adalah panduan prinsip dalam operasi harian. Kami percaya akan kepentingan nilai-nilai ini untuk mengintegrasikan dan menyatukan semua pihak berkepentingan dalam industri demi mencapai visi kami.

Perpaduan

Berkerjasama dalam pendekatan senegara untuk memelihara nilai dan harta berpandukan dengan prinsip Maqasid Al-Syariah.

Bertanggungjawab

Menegakkan integriti, maruah dan rasa hormat – Prihatin terhadap semua sudut pandangan untuk menjadi sebahagian daripada pembangunan industri minyak dan gas.

Kecemerlangan

Kami komited dalam membangun kecemerlangan dan mencapai prestasi yang cemerlang.

Pihak Berkepentingan Kami

99% tenaga kerja tempatan di Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam