Akta Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam, Penggal 231 mewujudkan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam yang merupakan badan berkanun untuk menjalankan pengawalseliaan dan pemantauan operasi dan prasarana di sektor huluan (upstream), pertengahan (midstream) dan hiliran (downstream) minyak dan gas di Negara Brunei Darussalam.
Rangka kerja untuk aktiviti-aktiviti petroleum dihasilkan bagi memberikan keseimbangan terbaik antara kepentingan Kerajaan dan syarikat, yang dicapai melalui Akta Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam, Penggal 231 dan melalui pengawasan pengurusan sumber hidrokarbon.
Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam akan memastikan penilaian yang menyeluruh, pemeriksaan dan pemantauan operasi dan program aktiviti petroleum dengan kerjasama diantara pengendali minyak dan gas serta pihak berkuasa yang lain.
Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam menetapkan rangka kerja, peraturan dan membuat keputusan dalam bidang yang telah diwakilkan kuasa.
Menggalakkan pembangunan
Perlesenan dan fungsi pengawalseliaan
Keselamatan bekalan petroleum dan produk petroleum
Melindungi kepentingan awam yang berkaitan dengan pembekalan dan penggunaan petroleum dan produk petroleum
Memantau dan mengawalselia operasi petroleum
Menyelia fungsi pengawalseliaan data petroleum
Menyelaras pembangunan dan mengekalkan penggunaan infrastruktur petroleum yang cekap
Memberikan nasihat teknikal tentang keperluan dasar dan strategik negara termasuk pelaburan
Menggalakkan dan mengekalkan keselamatan bekalan petroleum dan daya tahan sektor petroleum
Bertindak sebagai Wakil Kerajaan (perundingan, membuat kesimpulan, melaksanakan, menyelia dan menguatkuasakan Perjanjian Perlombongan Petroleum (PMA))
Mengeluarkan atau meluluskan arahan dan garispanduan
Memperoleh dan memegang harta benda, untuk menjual, memajak, menggadaikan atau melupuskan harta benda tersebut
Membuat/memasuki perjanjian untuk melaksanakan fungsi
Mengenakan bayaran untuk nasihat, bantuan atau perkhidmatan
Mengambil tindakan untuk menguatkuasakan keperluan dalam perjanjian perlombongan petroleum
Pembiayaan geran, pembayaran balik jaminan anak syarikat atau mana jua syarikat di mana Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam adalah ahli
Menerima sumbangan dan mengumpul dana