Pengawalseliaan Kewangan
dan Pematuhan

Matlamat kami adalah untuk melindungi nilai yang dicipta daripada industri minyak dan gas Negara Brunei Darussalam melalui penilaian dan pemantauan yang berkesan ke atas semua terma dan arahan fiskal kawalselia. Ini termasuk:

  • Menjalankan penilaian prestasi pada laporan pengendali syarikat minyak dan gas
  • Melaksanakan audit kawalselia kewangan berkontrak dan program pengesahan
  • Memberikan khidmat nasihat kewangan kepada pihak berkepentingan mengenai hal ehwal Kewangan minyak dan gas

Keutamaan Kami

  • Pematuhan Kewangan:
    Menjalankan kuasa kawalselia untuk memastikan pematuhan kewangan semua terma dalam mana-mana Perjanjian Perlombongan Pengeluaran (PMA), Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC), Konsesi dan perjanjian kontrak atau komersial lain yang melibatkan keperluan kewangan kawalselia.
  • Memantau Pertumbuhan:
    Menyemak dan memantau belanjawan program kerja pengendali-pengendali, rancangan perniagaan dan prestasi perbelanjaan seterusnya.
  • Memastikan Akauntabiliti:
    Mengesahkan dan mengaudit penerimaan dan pembayaran kawalselia Kerajaan selaras dengan syarat fiskal.

Pelaburan loji Hengyi bernilai lebih $15 bilion