Pengawalseliaan HSSE

Autoriti Petroleum komited dalam memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan, tempat kerja yang selamat, mengurus hal ehwal sekuriti berkaitan minyak dan gas, dan mengawal dan melindungi alam sekitar.

Keutamaan Kami

  • Memastikan Pematuhan HSSE:
    Mengurus Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar bagi industri minyak dan gas dengan kerjasama bersama autoriti-autoriti lain yang berkaitan. Ini dilaksanakan melalui pengoperasian perundangan HSSE, lawatan dan pengesahan, dan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan.
  • Memperkukuhkan Budaya HSSE:
    Menanamkan dan memperkukuhkan budaya HSSE bagi industri minyak dan gas. Menunjukkan kepimpinan dan komitmen, mendorong komitmen semua kakitangan bagi pematuhan kepada keperluan-keperluan HSSE, ketelusan dan komunikasi yang baik dengan autoriti-autoriti, pengendali-pengendali, pihak-pihak berkepentingan dan rakan-rakan kongsi perniagaan.
  • Memantau Prestasi HSSE Industri :
    Menyemak dan memantau prestasi HSSE pengendali-pengendali bagi penambaikan yang berterusan.
  • Komitmen kepada Inisiatif-Inisiatif Hijau:
    Autoriti Petroleum komited untuk memainkan peranannya bagi inisiatif-inisiatif hijau negara termasuk Protokol Hijau dan Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam.

Setakat ini, kakitangan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam telah menanam sebanyak 117 pokok untuk mengimbangi kehilangan kapasiti penyingkiran karbon