Sektor huluan minyak dan gas Negara Brunei Darussalam adalah penyumbang terbesar kepada industri minyak dan gas dengan lebih 90 tahun aktiviti eksplorasi dan pengeluaran.
Fokus kami adalah untuk memastikan sektor minyak dan gas kekal stabil dan mampan untuk pertumbuhan sosio-ekonomi. Untuk memberikan sumbangan yang paling efisien, ianya dicapai melalui:-
- Eksplorasi sumber hidrokarbon yang optimum
- Mempromosikan blok-blok petroleum yang terbuka dan membuka Marginal Fields
- Pengurusan pematangan hidrokarbon
Keutamaan Kami
Wakil Kerajaan:
Mewakili Kerajaan dalam perundingan, perlaksanaan, penyeliaan dan penguatkuasaan Perjanjian Perlombongan Petroleum (PMA), Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC), dan sebarang perjanjian kontrak atau komersial yang akan memberi manfaat kepada industri minyak dan gas Negara Brunei Darussalam secara keseluruhan.
Menggalakkan Pelaburan:
Perkembangan sektor huluan di Negara Brunei Darussalam dengan mengawalselia dan menggalakkan pelaburan dalam portfolio projek huluan.
Memantau Pertumbuhan:
Menjalankan kuasa pengawalseliaan untuk memantau dan menilai semua pembangunan projek huluan, operasi serta penyelenggaraan seterusnya.
Projek dan Perkembangan yang Utama

AKTIVITI PEROLEHAN SEISMIK & PENGGERUDIAN
Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam berusaha untuk menggalakkan dan meningkatkan aktiviti eskplorasi untuk menjamin sumber minyak dan gas yang berpanjangan di Negara Brunei Darussalam.
Kami akan sentiasa mengukuhkan penerusan kerjasama dengan pengendali minyak dan gas serta semua pihak berkepentingan dalam memastikan keselamatan dan kejayaan aktiviti perolehan dan penggerudian seismik di darat dan luar pesisir.

OPERASI HULUAN
Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam memantau operasi Huluan sebagai badan kawalselia yang berhemah bagi mencapai objektif:
- Memelihara penghantaran pengeluaran hidrokarbon
- Memastikan keselamatan gas bagi bekalan kuasa

PEMBANGUNAN PADANG MARGINAL

PENGURUSAN ASET / PROJEK REJUVENASI

PENYAHTARAAN & PEMULIHAN KEMUDAHAN DARAT & LUAR PESISIR
90 tahun penemuan minyak