Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PABD) memperingati ulang tahunnya yang ke-5 dengan perhimpunan Hari Raya dan bacaan Doa Kesyukuran serta mencerminkan pencapaian lima tahun dan komitmen berterusan terhadap sektor minyak dan gas negara.
Ditubuhkan pada 2019, PABD telah mencapai pelbagai kejayaan yang telah menyumbang kepada pertumbuhan industri minyak dan gas Negara Brunei Darussalam, dengan tumpuan khusus pada pemulihan dan aktiviti ‘rejuvenation’ huluan serta pembangunan sektor hiliran.
Sebagai usaha menyokong Wawasan Brunei 2035, visi PABD adalah untuk memastikan industri minyak dan gas kekal progresif dan berdaya tahan untuk beberapa tahun akan datang. PABD akan terus memainkan peranan penting dalam mengawal selia dan memudahkan industri, dengan tujuan memaksimumkan rantaian nilai penuh.

