Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam berjaya menganjurkan acara tahunan Kempen Amal Ramadhan pada hari Khamis, 29 April 2021. Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif Muhibbah Ramadhan Autoriti Petroleum – inisiatif CSR yang di terajui oleh pegawai dan kakitangan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam untuk memberi kembali kepada pelbagai komuniti di Negara Brunei Darussalam pada bulan Ramadhan.

Acara itu menyaksikan seramai 40 keluarga di Mukim Sengkurong, Lumapas, Keriam dan Lamunin menerima sumbangan barangan keperluan asas harian bagi meringankan beban mereka pada bulan Ramadan dan pada masa yang sama berkongsi kegembiraan dan keberkatan Ramadhan.

Seramai 50 sukarelawan yang terdiri daripada pihak pengurusan dan kakitangan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam menyertai program ini. Inisiatif ini turut disokong oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, Cawangan Tutong dan Ketua-Ketua Kampung masing-masing; Yang Mulia Awang Haji Ahanapi bin Haji Mahadi, Ketua Kampung Keriam, Yang Mulia Awang Abd Razak bin Haji Ismail, Pemangku Ketua Kampung Kampung Sengkurong ‘B’ dan Yang Mulia Awang Mohammad Ali bin Tanjong, Pemangku Ketua Kampung Kampung Lumapas ‘B’.