Ceramah Tindakan Awal Kecemasan telah dianjurkan bagi pegawai dan kakitangan Autoriti Petroleum Brunei Darussalam (PA) pada hari Sabtu 19 Ogos 2023. Ceramah ini telah disampaikan oleh Yang Mulia Aqilahyatul Wajihah Binti Mohd Sabaney dari Megamas Training Company di Dewan Teater, bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Tujuan ceramah ini adalah untuk menekankan kepentingan mempunyai first aider di tempat kerja sekiranya berlaku kecemasan. Antara topik yang dibincangkan dalam ceramah itu termasuk keperluan tindakan awal kecemasan, cara menggunakan peti kecemasan dengan betul dan mengenalpasti masalah pernafasan atau kecederaan yang traumatik. Pegawai dan kakitangan PA juga berpeluang untuk menyaksikan bagaimana menangani kecederaan, serta demonstrasi teknik melakukan asas CPR.

PA juga telah memenuhi syarat nisbah pembantu pertama kepada bilangan pekerja di bawah Peraturan-Peraturan Pelantikan Pembantu Pertama, Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) (Tindakan Awal Kecemasan) 2021. Di bawah Peraturan-Peraturan tersebut, majikan hendaklah menyediakan dan menyelenggara kotak tindakan awal kecemasan, serta pelantikan dan latihan first aiders. Dengan memupuk budaya kesiapsiagaan, PA menegaskan semula komitmennya bukan sahaja kepada kesihatan dan keselamatan pegawai dan kakitangan nya tetapi juga untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan responsif untuk semua.