Sebagai sebahagian daripada inisiatif tahunan Autoriti Petroleum Brunei Darussalam (PA) dan sempena Hari Penderma Darah Sedunia, Kempen Derma Darah telah diadakan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pada hari Rabu 27 Jun 2023 bertempat di bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sebanyak 35 pain telah dikumpulkan daripada kempen ini.

Kempen ini juga telah dianjurkan bagi memenuhi keperluan negara untuk menambah bekalan darah. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perpaduan dalam langkah memastikan bekalan darah mencukupi dan selamat, melalui aktiviti-aktiviti pendermaan darah secara sukarela yang berterusan.