Pasukan bola jaring Autoriti Petroleum Brunei Darussalam (PA) muncul juara pada Kejohanan Bola Jaring Korporat yang merupakan sebahagian daripada Pesta Netball Kitani 2023 anjuran Persatuan Bola Jaring Brunei (BNA) pada 20 Ogos 2023. Perlawanan berlangsung di Dewan Serbaguna (MPH), Stadium Nasional, Berakas.

Pasukan PA menentang 4 pasukan iaitu Setia Protective Security Services (SPSS), Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Dynamik Technologies dan Bank Baiduri. Pemenang kejohanan ini ditentukan oleh sistem skor kumulatif yang dimainkan terhadap setiap pasukan, di mana PA memenangi 3 daripada 4 perlawanan dengan jumlah mata sebanyak 86 jaringan.

Untuk perlawanan yang pertama menentang SPSS, PA beroleh kemenangan dengan jaringan 15 – 13. Perlawanan kedua menyaksikan pasukan bola jaring PA tewas kepada TAIB dengan jaringan 17 – 20. Perlawanan seterusnya diteruskan dengan skor kemenangan 22 – 16 menentang Bank Baiduri. Perlawanan terakhir menentang Dynamik Technologies menyaksikan kemenangan pasukan bola jaring PA dengan jaringan 32 – 17.

Sekali lagi, tahniah kepada pasukan bola jaring PA!