Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA) telah menganjurkan kempen pendermaan darah dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) pada 1 November 2022 bertempat di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, disertai oleh Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Tenaga, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, PA dan Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA).

Acara ini berjaya mengumpulkan sejumlah 21 pain darah. Ianya dianjurkan pada setiap tahun bagi menyokong Kementerian Kesihatan dalam menyediakan bekalan darah yang berterusan dan mencukupi di Negara Brunei Darussalam. Usaha kempen ini adalah diharapkan akan terus mewujudkan kesedaran dikalangan kakitangan tentang kepentingan dan manfaat disebalik pendermaan darah secara berkala.