Seramai lebih daripada 70 pegawai dan kakitangan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam menghadiri aktiviti teambuilding pada hari Sabtu, 11 Februari 2023 bertempat di Star Lodge Brunei yang dikendalikan oleh K-MAS Management.

Acara yang berlangsung selama satu hari itu turut dihadiri oleh Pemangku Pengarah Urusan Autoriti Petroleum, Yang Mulia Haji Kula bin Haji Metasan.

Acara tersebut dimulakan dengan aktiviti senaman, diikuti dengan pelbagai aktiviti bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan dikalangan warga Autoriti Petroleum dan sekaligus mengukuhkan lagi kesepaduan kohesif diantara pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan.