32 kakitangan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam turut serta dalam sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-39 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Autoriti Petroleum adalah sebahagian daripada Kluster 4 yang merangkumi sektor awam dan swasta. Autoriti Petroleum diketuai oleh Yang Mulia Haji Kula bin Haji Metasan, Pemangku Pengarah Urusan Autoriti Petroleum, menyertai perbarisan lalu bersama 3,900 peserta yang lain.