Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam telah mengadakan aktiviti penanaman pokok buat kali pertama yang mencerminkan salah satu usaha untuk mendokong Strategi ke-2 Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam mengenai Liputan Hutan, menyeru usaha dalam meningkatkan penyerapan karbon Negara Brunei Darussalam melalui penanaman semula hutan (afforestation) dan penghutanan semula (deforestation).

Aktiviti ini telah diadakan pada 20 Mac 2021 di Taman Persiaran Berakas dan diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Azhar bin Haji Yahya, Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga sebagai Pengarah Urusan Sementara Autoriti Petroleum. Sebanyak 100 anak pokok Sakura Brunei berjaya ditanam semasa acara tersebut, meliputi kawasan tanah seluas 450 meter persegi.

Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam akan terus mempromosikan dan mengambil bahagian dalam program-program untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau negara dan meningkatkan usahanya dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif hijau.