Seramai lebih daripada 100 pegawai dan kakitangan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam mengambil bahagian dalam aktiviti teambuilding seluruh organisasi yang pertama yang dikendalikan oleh EpiPeople Consultants.

Acara itu telah diadakan pada hari Sabtu, 27 Mac 2021 di Rizqun International Hotel. Hadir sama ialah Pengarah Urusan Sementara Autoriti Petroleum, Yang Mulia Haji Azhar bin Haji Yahya, pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan.

Berikutan tinjauan yang dijalankan oleh Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran pada tahun 2020, aktiviti teambuilding adalah salah satu program yang dirancangan tahun ini, bukan sahaja untuk mengukuhkan ikatan tetapi juga untuk mengukuhkan kebolehan berkomunikasi, membuat keputusan, kerjasama serta menguji kemahiran kepimpinan.

Acara dimulakan dengan aktiviti ringkas diikuti dengan bengkel The People Manual – Bengkel yang memberi tumpuan kepada kerjasama yang berkesan dan produktiviti berpasukan dengan memahami perbezaan individu dalam organisasi dan cara mengatasinya.

Acara kerja berpasukan diteruskan pada sebelah petang dengan pelbagai aktiviti dan cabaran yang memberi tumpuan kepada membuat keputusan, komunikasi dan berkerjasama. Aplikasi aktiviti praktikal tersebut menunjukkan bagaimana individu boleh mengadaptasikannya di pejabat.