Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam menyertai upacara perbarisan lalu Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien pada 23 Februari 2021. Ini menandakan penyertaan ke-2 Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam sejak penubuhannya pada 31 Disember 2019.

Kontinjen yang terdiri daripada 12 pegawai dan kakitangan diketuai oleh Awang Haji Iskandar bin Haji Yahya, Pengarah Eksplorasi dan Pembangunan, bersama-sama 2,600 peserta lain yang mewakili 133 organisasi Kerajaan dan bukan Kerajaan serta institusi pendidikan berarak menyerikan suasana perbarisan lalu untuk memperingati peristiwa yang bertuah ini.