Sempena Hari Penderma Darah Sedunia, Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Pusat Penderma Darah Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengadakan kempen derma darah pada Hari Selasa, 22 Jun 2021 di Bangunan Jabatan Perdana Menteri.

Dengan objektif untuk membantu Pusat Pendermaan Darah, RIPAS menambahkan bekalan darah yang mencukupi, seramai 50 penderma yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Tenaga, Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) dan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam, dengan sejumlah 38 pain darah berjaya didermakan.

Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam menyampaikan penghargaan kepada Pusat Pendermaan Darah, RIPAS dan penderma-penderma darah atas sumbangan dalam menjayakan acara ini.