Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam dalam menyokong Kementerian Kesihatan, telah menganjurkan Projek Muhibbah PA COVID-19 sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) dalam menyokong usaha bantuan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Penyerahan sumbangan telah diadakan di Kompleks Sukan Menglait dan dihadiri oleh Yang Mulia Pengiran Adi Johan bin Pengiran Haji Annuar, Ketua HSSE, Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam dan wakil menerima sumbangan tersebut bagi pihak Kementerian Kesihatan.

Sebanyak 50 pakej penjagaan individu yang terdiri daripada barangan keperluan termasuk produk kebersihan, tuala, selimut dan makanan kering telah disumbangkan bersama beberapa unit mesin basuh, periuk nasi dan barangan elektrik lain yang akan diagihkan oleh Kementerian Kesihatan kepada Pusat Pengasingan di Temburong dan Pusat Pengasingan yang akan datang di Ma’had Islam di Tutong.

Inisiatif ini dijayakan dengan sokongan dan sumbangan daripada pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam kepada Tabung Muhibbah PA COVID-19.