Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam telah ikut serta dalam sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-38 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan. Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah ‘Menjayakan Wawasan Negara’ yang memberi tumpuan kepada mencapai Wawasan Negara 2035.

Dengan penuh semangat patriotisme, Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam adalah sebahagian daripada Kluster 4 yang diwakili oleh Sektor Awam dan Swasta, antara kumpulan terbesar yang mengambil bahagian dalam perbarisan lalu dan persembahan padang bertajuk ‘Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing’.

Perbarisan lalu Autoriti Petroleum diketuai oleh Yang Mulia Syed Azmal bin Syed Ali, Ketua Perundangan serta pegawai dan kakitangan yang lain.