Dengan kerjasama daripada Pusat Fiziq Healthcare sebagai salah satu inisiatif Bahagian HSSE, Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA), program saringan kesihatan telah diadakan bagi pegawai dan kakitangan PA pada 20hb, 24hb dan 27hb Ogos 2022 di Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Program saringan kesihatan berkenaan adalah inisiatif pengesanan awal terutama bagi pegawai dan kakitangan yang tidak mempunyai atau tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala penyakit. Pemeriksaan menyeluruh terhadap kesihatan boleh memberikan maklumat akan sebarang isu yang mungkin perlu diketahui dan mencegah daripada sebarang penyakit. Disamping itu, ianya membolehkan pegawai dan kakitangan PA untuk membuat pilihan permakanan, gaya hidup dan perubahan yang lebih sihat.

Berikutan hasil pemeriksaan kesihatan tersebut, Bahagian HSSE PA akan dapat merencanakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat.