Taklimat mengenai Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) anjuran Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah diadakan pada 21 Jun 2022 di Dewan Teater, Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Seramai 64 orang pegawai dan kakitangan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam menghadiri taklimat tersebut.

Taklimat dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Haji Md Adfarul bin Haji Maz Adanan, Pemangku Timbalan Pengarah Urusan TAP dan disusuli dengan taklimat mengenai SPK.

Tujuan taklimat tesebut diadakan adalah untuk memberigakan skim persaraan yang baru diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada tahun 2023, yang mana skim TAP dan SCP pada masa ini akan ditukar kepada SPK.