Sebagai penghargaan atas dedikasi pegawai dan kakitangan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA), PA menganjurkan Majlis Makan Malam Penghargaan di Tarindak d’Polo pada 5 Disember 2023 dengan tema “Around The World”.

Majlis berkenaan adalah untuk melahirkan rasa terima kasih atas usaha gigih dan pencapaian pegawai dan kakitangan PA bagi tahun 2023 seperti Perjanjian Pelaksanaan bagi Pulau Muara Besar Fasa 2.

“Adalah penting untuk kami berkongsi penghargaan kepada semua kerana setiap individu memainkan peranan dalam mencapai kejayaan ini.” dalam ucapan Pemangku Pengarah Urusan Yang Mulia Haji Kula bin Haji Metasan.

Malam itu dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti, cabutan bertuah serta penghargaan daripada pihak Pengurusan.