Pada 23 Mac 2024, Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA) telah berjaya menjalankan Kempen Amal Ramadhan tahunannya. Kempen amal tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat PA bertujuan untuk berbakti kepada masyarakat.

Diketuai oleh Pengarah Urusan PA, Yang Mulia Shamir Salahudin, acara amal berkenaan berjaya membawa semangat kebersamaan lebih 40 kakitangan PA dalam mengagihkan sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada 25 buah keluarga kurang berkemampuan di Kampong Junjungan, Daerah Brunei Muara.

Kakitangan PA mengumpul derma sebanyak $5,850 sumbangan dalam bentuk barangan keperluan asas. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga tersebut di bulan Ramadhan yang mulia ini dan bagi menyambut Hari Raya yang akan menjelang tiba.