Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Kementerian Tenaga, Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (Autoriti Petroleum), Jabatan Perkhidmatan Elektrik (DES), Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) dengan kerjasama Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB) dan Sukarelawan Belia Brunei telah mengadakan Kempen Amal Ramadhan pada 15 dan 17 Mei 2020 untuk menghulurkan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.

Acara amal anjuran Autoriti Petroleum yang berlangsung selama dua hari itu telah memberikan sumbangan barangan keperluan asas harian dan barangan kebersihan kepada 70 buah keluarga khususnya bagi meringankan bebanan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini di keempat-empat daerah.

Pengagihan sumbangan kepada penerima penerima diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Azhar bin Haji Yahya, Setiausaha Tetap, dan Yang Mulia Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga.

Distribution to one of the families in Tutong