Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam menyertai upacara perbarisan lalu sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien pada 23 Februari 2020. Ini menandakan penyertaan pertama bagi Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam dalam menyertai perbarisan lalu Hari Kebangsaan sejak ia ditubuhkan pada 31 Disember 2019.

Pasukan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Haji Iskandar bin Haji Yahya, Pengarah Eskplorasi & Pemajuan, disertai seramai 70 pegawai dan kakitangan dalam perbarisan lalu tahun ini.

Sambutan tahun ini telah melibatkan lebih 26,000 peserta secara keseluruhan terdiri daripada sektor perkhidmatan awam, badan-badan berkanun, institusi pendidikan, sektor swasta dan masyarakat umum dalam memperingati hari yang bersejarah ini.