Sempena Nuzul Al-Quran 1444H, Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA) telah mengadakan ceramah keagamaan pada hari Selasa, 18hb April 2023 bagi mengimarahkan peristiwa tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Haji Noor Azlan bin Haji Magon, diikuti dengan ceramah khas keagamaan bertajuk ‘Ramadhan Bulan Al-Quran’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Nazirul Mubin bin Ahad, Pensyarah dari Fakulti Pendidikan Sains Sosial, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Penceramah memulakan dengan perkongsian makna sebenar Nuzul Al-Quran dan diteruskan dengan sejarah ringkas wahyu Al-Quran. Peristiwa tersebut juga menyebut betapa pentingnya membaca dan memahami setiap ayat daripada Al-Quran agar mendapat keberkatan (barakah) daripada Allah SWT.

Majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim disamping memeriahkan lagi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.