Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA) telah menganjurkan Kempen Amal Ramadhan tahunannya pada hari Isnin, 17hb April 2023. Kempen amal tersebut merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat PA bertujuan untuk berbakti kepada masyarakat.

40 buah keluarga yang kurang berkemampuan di Daerah Brunei-Muara telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti makanan keperluan asasi yang disumbangkan oleh pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan PA. Sumbangan diagihkan kepada keluarga-keluarga yang tinggal di Kg Peninjau, Kg Tagap, Kg Lugu, Kg Tanjong Nangka, Kg Mulaut, Kg Sengkurong dan Kg Selayun.

Yang Mulia Haji Kula bin Haji Metasan, Pemangku Pengarah Urusan PA mengetuai kempen tersebut bersama 40 pegawai dan kakitangan PA yang lain.