Menghayati semangat kebersamaan di bulan Syawal, Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam (PA) meraikan Hari Raya Aidil Fitri dengan konsep “rumah terbuka” di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 8 Mei 2024.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pengarah kami, ahli pejabat JPM dan tetamu jemputan yang lain kerana menyertai kami dalam perayaan tersebut. Inilah masanya untuk mengeratkan ikatan dan hubungan silaturrahim dikalangan PA dan juga dengan orang luar.