Sebahagian daripada komitment terhadap kesejahteraan dan kesihatan pegawai dan kakitangan Autoriti Petroleum Brunei Darussalam (PA), PA bekerjasama dengan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) telah mengadakan ceramah Kesedaran Kanser yang berlangsung pada 16 Mei 2023. Ceramah tersebut diadakan di Dewan Teater di bangunan Jabatan Perdana Menteri.

Ceramah yang dihadiri lebih 30 orang pegawai dan kakitangan PA itu mengetengahkan jenis-jenis kanser yang sering berlaku dalam kalangan kaum lelaki dan perempuan, simptom serta cara-cara untuk melakukan pemeriksaan bagi perempuan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengiran Adi Johan bin Pengiran Haji Annuar, Ketua Bahagian HSSE.

Yang Mulia Dr Raden Mas Jeffri Bin Raden Mas Ismail, Pakar Perunding Onkologi Perubatan, telah menyampaikan ceramah bertajuk “Common Male Cancers in Brunei Darussalam” manakala Yang Mulia Datin Dr Hjh Noraslinah Binti Hj Ramlee, Perunding dan Ketua Perkhidmatan Pengesanan Awal dan Pencegahan Kanser (EDCP) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Common Female Cancers in Brunei Darussalam”.

Ceramah tersebut berakhir dengan sesi soal jawab. PJSC juga menyediakan pameran mengenai Kesedaran Kanser.